Pernahkah anda merasa, kadang-kala begitu sukar untuk anda
memperolehi wang? Apabila memperolehi wang, seringkali ia tidak mencukupi..
lebih teruk lagi, setiap bulan, pasti akan ada sahaja hal-hal di luar jangkaan
yang berlaku yang menyebabkan anda perlu mengeluarkan wang dari poket anda.
Kereta eksiden, anak sakit, kawan nak pinjam duit, peti ais
di rumah rosak, isteri merajuk ajak pergi bercuti, bil air dan elektrik
tiba-tiba melambung tinggi, kedai depan rumah buat jualan murah, kena tipu
dengan skim pelaburan cepat kaya dan bermacam-macam lagi. Setiap bulan, ada
sahaja perkara yang meragut keluar duit anda dari poket.. .. agak sukar untuk
membuat sebarang simpanan. Lebih malang... kadang-kala terpaksa berhutang pula
dengan rakan-rakan.
Nak kata gaji kecil? Tidak juga!...
Nak kata suka enjoy? Tidak juga!...
Nak kata tidak tahu urus duit? Tidak juga!...
Kadang-kala, ramai yang terlepas pandang. Mereka menyangka,
segala rezeki yang mereka perolehi adalah disebabkan usaha titik peluh mereka
semata-mata. Sedangkan, segala-galanya adalah pemberian dari Allah.
Segala-galanya adalah dibawah kekuasaanNYA. Ia mampu menambah, mengurangkan
serta menarik segala rezeki yang diberikan pada bila-bila masa sahaja dengan
pelbagai cara.
Anda pasti pernah mendengar berita atau cerita..
Si Bapa yang perlu membayar wang tebusan kerana si anak
telah diculik
Banglo mewah yang ranap akibat tanah runtuh
Kereta baru yang terjunam ke dalam lombong
Si muda yang kaya tetapi jatuh miskin di hari tuanya..
dan berbagai-bagai lagi kisah yang menginsafkan..
Ada orang yang hidup mewah dengan kereta dan rumah yang
besar. Namun begtu, masalah anak yang rosak akhlaknya serta isteri cantik
yang curang, mengkucar-kacirkan ketenangan hidupnya.
Ada pula yang hidup sederhana, namun kehidupannya tenang dan
bahagia dengan anak-anak serta isteri yang solehah.
Namun begitu, tidak kurang juga golongan yang hidup dalam
kemiskinan, terlibat pula dengan najis dadah, samseng, sumbang mahram, diburu
along dan pelbagai lagi masalah kehidupan yang penuh dengan situasi haru-biru.
Kehidupan yang kaya, sederhana atau miskin.. bukanlah kayu
pengukur yang tepat untuk menentukan bahawa rezeki yang anda perolehi adalah
rezeki yang diberkati atau tidak. Ia sebenarnya terletak pada rasa
"syukur" yang wujud dalam diri. Namun begitu, ramai yang terkeliru
dengan pengertian syukur ini dan kurang jelas dengan hakikat sebenar "rasa
syukur"..
Rezeki Anda!