Khamis, 10 Julai 2014

Mulakan Harimu Dengan Senyuman


Assalamualaikum dan selamat pagi...

Senyum... ya, mulakan harimu dengan senyuman. Insya Allah, ianya akan memberikan ketenangan dan 'mood' yang baik sepanjang hari ini.

Kalau awal pagi lagi sudah bermasam muka dan tidak ceria, pastinya perasaan suram dan tidak tenteram menyelubungi diri sepanjang hari ini. Emosi!

BOLA DAN GAZA

Ramai yang menonton dan gembira untuk berkongsi serta bercakap mengenai bola. Maklumlah, Piala Dunia semakin menghampiri perlawanan kemuncak. Lebih-lebih lagi dengan kejuta 7-1 semalam. Tuan rumah yang tewas dimalukan di halaman sendiri. Kutukan dan sindiran dari warga alam maya juga tidak kurang hebatnya. Ya, semua sibuk dengan bola.

Disisi lain, peristiwa terbaru serangan Israel ke atas Gaza... Palestin juga kembali memuncak. Serangan demi serangan dilancarkan Israel. Bom digugurkan mengorbankan jiwa-jiwa yang tidak bersalah. Anak kecil menjadi mangsa peperangan.

Sedih.

Semoga sesuatu akan berlaku.
Semoga mereka menerima pembalasan yang setimpal.
Semoga mereka yang teraniaya mendapat perlindungan dari Allah.

SENYUM


Wahai hati... tabah dan kuat untuk terus mencari rezeki.

Wahai hati... tabah dan kuat untuk terus berbakti
Wahai hati... tabah dan kuat untuk terus hidup

Senyum... dan tak perlu kata apa-apa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan