Rabu, 9 Julai 2014

Jangan Pendam Dendam

Selamat Malam...


Musuh... kadangkala kita sendiri tidak tahu yang kita ada musuh. Musuh dalam selimut pun ada. Di depan tersangat baik bak bidadari syurga, dengan bicara murni bak minyak murni, suara halus bak buluh perindu... 



Di belakang kita, habis tujuh telaga keburukan kita 'dimandikan' ... Entah bila kita buat semua itu pun, kita sendiri tidak tahu. Ceritanya sangat indah dengan pelbagai rujukan foto bagi menguatkan hujahnya. Ke peringkat mencetak gambar?... hebat....

Kalau itu cakap-cakap dari orang, Am tidak kisah sangat.



Mujur tuhan itu Maha Mengasihi... Am sendiri yang mendengar dan melihat aksi menjatuhkan 'hukuman' oleh juri-juri profesional. Sama ada yang bertudung litup atau tidak, ayat-ayat yang mengalir dari mulut mereka seharum setanggi... 

Apabila Am pura-pura lalu dan mengambil sesuatu, sempat Am berkata sesuatu...

"Cantikkan perempuan dalam gambar tu" sambil berlalu pergi.

Tiada kata-kata yang terlafaz dari mulut mereka yang 'meriah' tadi... Muka masam mencuka ada yang merah menyala. 

Sehingga waktu pulang petang tadi, tiada butir-butir maaf yang diucapkan. Mereka hanya limpas dan memberikan jelingan-jelingan manja dengan muka bersih bak bidadari.. Ya lah kan.. mereka pun penat berpuasa...


JANGAN PENDAM DENDAM


Sebelum tidur malam ini, lebih baik memaafkan.

Sebelum tidur malam ini, mohon kemaafan dari yang Esa.



Sebelum tidur malam ini. syukur kita masih mampu bernafas dan berharap agar esok masih boleh bangun.

Jangan pendam, dendam... hati hitam.



Selamat malam...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan