Rabu, 9 Julai 2014

Buka Puasa | Jangan Buka-Buka



Selamat petang...

Sebentar sahaja lagi akan masuk waktu berbuka di Kota Kinabalu.

Selesai menyediakan sungkaian untuk hari ini, rasa seperti mahu berbicara dengan encik blog.

Tidak banyak yang perlu disediakan untuk berbuka nanti. Am lebih suka mulakan berbuka dengan makan kurma dan minum air bandung istimewa buatan sendiri dengan resepi rahsia (nanti Am kongsi ya). Kalau bukan air bandung, Am akan buat Cincau...susu cincau... slurpeee

Selepas itu barulah makan nasi dengan lauk. Entah kenapa kebelakangan ni Am suka masak Ayam goreng berkicap... bukan kuah kicap tau... tapi ayam digoreng lepas tu salut kicap. nyum nyum! Kalau bukan masak ayam, Am akan hanya goreng sosej dan telur... campur sos buatan sendiri.. hehehe.

ya.. petang ni Am hanya masak Ayam goreng berkicap dan sayur kacang pendek campur telur... Masakan orang bujang! bolehlah kan... makan sendirian sahaja pun tak payahlah nak masak macam-macam...

BUKA PUASA - JANGAN BUKA-BUKA

Ringkas sahaja pesanan ini...
Dijadikan cerita di tempat kerja ada pekerja baru. Kelihatan mereka sedang leka melayan video yang sedang ditonton di tablet 'mahal' mereka.

Tanpa mereka sedari seorang rakan sekerja, boleh dikategorikan sebagai 'ustaz' di sini terlihat aksi mereka dan menjenguk, melihat video apa yang mereka tonton.

Teruk! tengok video panas 18sx.

"bokep bokep... apa ni!" si kawan tinggikan suara...

mereka hanya tersipu-sipu malu...

kami yang lain buat-buat tak endah... tidak ambil peduli. Papan kekunci diketuk kuat.
Kononnya tidak dengar. Iya..itukan aib mereka. Yang penting diambil pengajaran.

Sebagai seorang muslim, buat benda macam tu di bulan baik ini... memang teruk!

Umur masih muda. Baru hendak jadi lelaki bekerjaya. Jika itu permulaannya... langkah sumbang. Jatuh saham...

Baiklah... hiasi diri dengan senyuman.

Jom berbuka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan