Jumaat, 25 Julai 2014

Cari Pembunuh Upahan !

Siapa tahu dimana nak cari pembunuh upahan?
Am sudah tidak dapat bersabar lagi. Kesilapan dari pihak lain membuatkan kita tersepit di dalam situasi yang sangat 'menyebalkan'! 

TEMBAK! 


Kalau boleh memang ramai yang mahu jadikan 'pilihan' itu sebagai penamat segala masalah yang melanda. Maksud Am, untuk melindungi diri, menghapuskan orang yang memberikan masalah dan mengganggu kita, membunuh orang-orang jahat... tetapi kita masih ada akal dan iman.


Bayangkan sahaja...

Tembak dengan cara lain. MARAH! ya... Am sudah mengeluarkan kata-kata amaran kepada pihak yang berkenaan tentang sikap tidak profesional mereka dan laporan akan dibuat melalui saluran yang betul. Biar mereka menerima hukuman yang sewajarnya ! 

Berdepan dengan tindakan dari pihak berwajib, kejatuhan kredibiliti dan perniagaan pastinya lebih menyeksakan daripada dibunuh.... kerana mati itu sekali...

JUMAAT

Hari baik di bulan baik, Jumaat terakhir sebelum Aidilfitri 1435H. Am lebih mahu menenangkan perasaan dan hati yang resah dan ditenggelami amarah ini.

Insya Allah akan pulang ke kampung malam ini atau esok.

Abaikan dahulu permasalahan yang berpunca dari orang-orang. Berdoa sahaja agar mereka diberi hidayah dan mendapat petunjuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan