Yeah! selang beberapa hari lagi Aidilfitri akan menjelma. Esok, Ahad... selepas mengintai dan mencari anak bulan, maka ramailah yang akan duduk berduyun-duyun di hadapan TV atau ada yang sibuk membuat kuih ada didapur menanti pengumuman wajib dari pemegang mohor-mohor.
Waktu kecil-kecil dahulu, pengalaman sebeginilah yang menariknya. Tunggu pengumuman raya. Dulu di rumah Atuk, bekalan elektrik masih belum ada. Untuk melihat tv, Atuk guna bateri, tv hitam putih. Klasikkan.. hahaha
Balik ke kampung kali ini hanya bersendiri.. .sendirian. Tidak seperti sebelum ini...
Kenangan. Dia telah pergi. Al-Fatihah....
CERIA
Semua barang-barang yang hendak dibawa sudah dikemaskan di kereta awal pagi tadi. Sudah minta tolong makcik sebelah rumah untuk tengok-tengokkan rumah sepanjang tempoh cuti ni.
Rasa seronok nak balik kampung!
ooooo balik kampung.... (nyanyi) Suasana hari raya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan