Sabtu, 12 Julai 2014

Tak Kenal Maka Tak Cinta


Tak kenal maka tak cinta... Itu pepatah orang lama. Bidalan. Tapi kalau dah kenal perlukah cinta? atau jatuh cinta? Cinta pandang pertama...

Selamat hari enam semua...
Baru selesai buat rutin dihujung minggu kalau tak dapat balik ke rumah mak abah. Cuci kain siap, sapu dan mop rumah pun siap. Jemur kain dah siap, mandi sudah... makan belum... PUASA! hahaha

Santai sambil berblog dan godek-godek facebook... ramai juga friend request.
Buat masa ini, Am accept dan terima. Sekiranya ada yang bertindak di luar batasan dengan ayat-ayat sumbang, maaf... kita bukan kawan.  Satu masa nanti Am akan periksa semula semua senarai friend list.

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Komunikasi memainkan peranan penting dalam sesuatu perhubungan.

Berkomunikasi dengan baik dan berhemah pastinya akan buatkan kita disenangi dan dihormati. Tapi tak perlulah sehingga menggunakan bahasa baku yang kaku.

Am suka duduk rumah... jadi jarang berkomunikasi.. hahaha...

Di tempat kerja juga entah kenapa Am jarang buka mulut. Bukanlah sampai langsung tak buka mulut. Jika ada yang menegur dan membawa bercerita dan berbasa basi...tak ada salahnya kan.

Mungkin sebab kawan Am yang biasa dengan Am semua dah pindah... tinggal Am...

Baiklah, Am pun cuba nak atasi masalah 'malu dan kurang cakap' ni.... tapi kalau tak ada apa nak cakap.. baik diam kan...

Kalau berminat mahu mengatasi masalah ni cuba baca ebook ini.
mau baca-baca sebelum sungkai nanti.

Ini dia buku daripada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil  (Saifulislam.com),
Tak Kenal Maka Tak Cinta,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan