Ini sudah lebih! Sangat 'bikin panas' bila kita terpaksa menyelesaikan sesuatu tugas dengan masa yang terhad akibat kelalaian dan ketidakcekapan pihak lain dalam memberikan perkhidmatan yang efisien dan terbaik !
Segala-galanya telah disediakan, bayaran telah siap dilakukan dan akhirnya masalah di pihak perkhidmatan penghantaran swasta yang mengakibatkan kita RUGI! ya rugi masa... ini benar-benar di luar kawalan.
Sekiranya item tersebut belum dikirim atau masih sangkut di seberang sana, itu masih boleh difahami kerana tidak apa yang boleh dilakukan kerana benda itu masih disana... tetapi malangnya benda itu sudah ada di Kota Kinabalu seawal Sabtu lalu, 19 Julai! ... Apabila dihubungi mereka kata, mereka perlu buat pemeriksaan dahulu... ! Apa? ini benar-benar menguji kesabaran.
Segala-galanya tergendala. Jadual dan perancangan terpaksa dirombak...
paling perit... TERPAKSA lewatkan masa untuk balik ke kampung! itu pun dengan harapan item tersebut dapat dihantar seawal esok, khamis... sekiranya lewat dari itu... maka... Terpaksalah tugasan itu diselesaikan selepas Aidilfitri!
Apa pula kata pelanggan? Silap itu pastinya akan didukung oleh Am...
Penerangan telah diberikan, tetapi mereka juga masih berharap. Kerana JANJI itu penanda aras kualiti perkhidmatan yang kita berikan... ya... serupa Piagam Pelanggan...
ADAKAH AKU MELAKUKAN KESILAPAN?
Mungkinkah berlaku kesilapan di pihak Am? Tidak bersyukur dan tidak menjalankan kewajipan sebagai seorang muslim... dan ini ujian yang diberikan untuk mengajar apa itu erti penyesalan.
Adakah punca rezeki Am tidak diberkati? Ada sahaja masalah yang menimpa silih berganti.
Pasti ada cara ... pasti ada panduannya...
Rahsia Mendapatkan Rezeki Melimpah Ruah dan Diberkati
Am rasa sangat geram dan tertekan dengan situasi sebegini... di luar kawalan!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan