Selasa, 22 Julai 2014

Talam Dua Muka

Berhati-hati dengan talam dua muka!
Ciri-ciri si talam dua muka :-

1. Mulutnya sentiasa manis, memuji dan berkata baik dihadapan anda, dan akan 'menikam' anda dari belakang.
2. Berpura-pura baik dan membantu anda, tetapi memasang jerat untuk menjatuhkan anda.
3. Sentiasa cuba mendekati dan 'menyelami' hidup anda sebelum dia 'melemaskan' anda.
4. Walaupun mukanya tidak seperti talam, mereka ini jenis yang suka bermuka-muka.
5. Jika dia mula menceritakan keburukan orang lain kepada anda, maka kemungkinan besar anda juga diperlakukan sedemikian dengan rakan yang lain.

dan banyak lagilah ciri-ciri ini yang berkaitan penyakit talam dua muka ni.

Apa yang perlu kita buat ialah, berhati-hati memilih kawan...

Nota:

Tak marah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan