Isnin, 21 Julai 2014

Bukan Robot

Kadang-kadang ada orang ingat kita robot. Cuba buat yang terbaik dan memberikan yang terbaik. Melakukan segala tugas dan amanah dengan sebaik mungkin. Tetapi... ada yang mengambil kesempatan. Meminta bantuan itu dan ini, jika tidak ditolong, mulalah banyak perkara diungkit, sehingga satu negara kalau boleh hendak diberitahu bahawa kita tidak mahu menolong kawan, sombong dan berlagak. 

Apa bila sudah dibantu sedaya yang mungkin dan mereka mahukan pula yang lebih baik dan terbaik, tetapi kita tidak dapat memberikannya...nah sekali lagi, seantero dunia dicanangnya. Kita tidak tahu melakukan tugasan atau kerja yang diminta... tolong. Sehingga kita pula yang rasa bersalah.

Tahukah dia bahawa untuk membantu dia menyiapkan apa yang dia mahu, kita telah bersengkang mata? tidak cukup tidur, mengabaikan tugas-tugas lain yang lebih penting...

Maaf... keutamaan harus diberikan kepada tugasan hakiki... serta pelanggan yang telah membuat komitmen bayaran dan ada tempoh masa. Nah, kalau mahu percuma... tunggu sahaja bila ada kelapangan waktu yang percuma.

Ini boleh pula kita dibawa bermasam muka, tarik muka sepuluh tingkat, dicemuh, dicakap bukan-bukan dibelakang.

oh tidak... senang sahaja. Kalau mahu... buat sendiri. Bukan tidak boleh menolong, tetapi jika begitu cara dan kaedahnya. Maaf, aku bukan ROBOT!

p/s:
Balik nanti mahu buat air bandung untuk minuman berbuka puasa. Biar sejuk... sejuk sikit hati ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan