Ahad, 20 Julai 2014

Seorang Lelaki Sejati Pasti Ada...



Selamat berhujung minggu ! 
Sedar tak sedar, dalam masa seminggu lagi kita akan meninggalkan Ramadhan dan menjelang Syawal pasti banyak persiapan yang mahu kita lakukan dan sediakan. Balik kampung! yeahhh... itu saat-saat paling dinanti apabila tiba masanya untuk menyambut Aidilfitri. Bertemu sanak saudara dan rakan taulan, melupakan dahulu kesibukan kota, merasai tenangnya suasana kampung... aman...

SEORANG LELAKI SEJATI PASTI ADA SENJATA

Mungkin ini agak provokatif dan bergantung kepada tafsiran masing-masing.
Pada zaman dahulu kala, setiap lelaki itu akan menjadi pelindung kepada keluarganya, kumpulannya, kampungnya, negaranya... Keris, pedang, tombak, pistol, senapang... semuanya menjadi satu evolusi untuk mempertahankan diri dan mereka yang mahu dilindungi.

Pada masa kini apakah senjata yang hebat? Senjata yang paling hebat untuk menjaga mereka yang kita sayangi ialah ilmu, ilmu untuk mencari rezeki dan memperbaiki ekonomi , ilmu mempertahankan diri, ilmu komunikasi, ilmu bermacam ilmu... tanpa ilmu... kita kosong... kosong itu pastinya tidak elok...

Ilmu itu subjektif, ada baik dan jahat... itu juga senjata... gunakan ilmu sebaiknya..


Kenapa Am bercerita pasal 'senjata'...
hairan dengan kaum lelaki yang kadangkala cuba menunjukkan ilmu mereka... menunjuk-nunjuk itu tanda mereka belum dapat petunjuk... 
Yang paling utama... jangan lupa takbir, ruku dan sujud... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan