Jumaat, 4 Julai 2014

Merenung Ke Luar Jendela


Merenung ke luar jendela
bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku

Dan bila fajar menjelma
itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu

Dalam perjalanan banyak persimpangan
dimana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah

Kadangkala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku... Aku tanya apa khabar...

SENYAP


Bait lagu Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow ft Sonaone ni memang agak menarik. Intro lagu sahaja sudah membuatkan Am dibuai rasa.

Pasti kita semua mempunyai sahabat yang sudah lama tidak kita temui, yang hanya dengan memikirkannya sahaja kadangkala boleh merembeskan air mata... sayu... mungkin sahabat yang menetap berjauhan atau yang telah lama 'pergi jauh'.... rindu itu menghambat jiwa...

BLOG

Semangat untuk bertandang ke blog ini menebal sesudah Subuh tadi... tetapi banyak perkara yang harus diselesaikan...

Apa khabar?

Merenung ke luar jendela....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan