Seringkali ada waktu-waktunya kita akan rasa 'lemah', rasa
'tidak berupaya' , rasa 'gagal' serta tidak mampu lagi untuk terus mara dan
akhirnya mahu berhenti dari terus berusaha dan mencuba.
Am juga pernah melalui masa 'down' seperti itu. Banyak usaha,
percubaan dan masa yang kita korbankan demi untuk mencapai kejayaan dan
mencipta kecemerlangan. Namun acapkali juga terkandas, jatuh, terluka dan
kandas.
Memang sukar untuk menelan kegagalan. Lebih-lebih lagi jika
ianya dipengaruhi oleh anasir luar.
Tetapi itu bukan alasan untuk terus menangis atau patah
semangat.
Jadikan ia sebagai pembakar semangat.
BELIEVE IN YOURSELF | YOU CAN DO IT !
Come on Girls, ayuh kita buktikan kita boleh berjaya.
Abaikan sahaja mereka-mereka yang cuba menjatuhkan, mengagalkan atau
mempengaruhi kita dalam cara yang tidak baik.
Cakap-cakap belakang kita abaikan... biarkan mereka terus
dibelakang dan kita maju ke hadapan.
Berusaha dan terus berusaha sehingga berjaya.
Percaya kepada diri sendiri! Be You
SEMANGAT
Hahaha... semangat betul Am pagi ni. Bukannya apa,
sambil menonton perlawanan bola Brazil lawan Germany tadi, banyak pula perkara yang bermain di kepala...
Memang Am penyokong Germany, dan mahu mereka menang, tetapi tidak pula menyangka yang mereka boleh MENANG besar 7-1 ! Wow!!!
Ayuh! mulakan hari Rabu ini dengan penuh semangat!
Yay... go germany go....
BalasPadamyeahhhh menang!
BalasPadam