Selasa, 8 Julai 2014

Pretty And Beautiful Inside Out


"Boys and men think girls are like books, if the cover doesn't catch their eye, they won't bother to read what inside"

Kalau diterjemahkan, bunyinya lebih kurang begini

"Lelaki menganggap gadis itu seperti sebuah buku, jika penampilan atau kulit luarnya tidak menarik perhatian mereka, mereka tidak akan ambil kisah untuk membaca apa yang ada di dalamnya"

RIMAS

Rimas apabila selalu menjadi bahan tontonan dan usikan nakal lelaki-lelaki yang kurang budiman. Perempuan bukanlah patung tanpa perasaan. Kadangkala usikan dan kata-kata yang dilontarkan agak biadab dan tidak senonoh.

Begitukah caranya mereka mahu memikat hati seorang gadis? 

CANTIK LUAR DAN DALAM

Seharusnya kecantikan dan kekacakan rupa paras itu hendaklah luar dan dalam. Se'handsome' dan secantik mana pun jika hati, tingkah dan tutur tidak lawa tiada gunanya.

PUASA

Hari ini tidak dapat berpuasa... tetapi itu bukan alasan untuk makan dan minum di khalayak ramai. Hairan, terdapat juga golongan perempuan muslim yang tanpa segan silu menghirup minuman berkarbonat dan menjamah burger di restoran makanan segera... bertudung.

Ya... orang mungkin faham kenapa... tetapi itu bukan caranya.

Teringat dengan seorang rakan berbangsa Cina dahulu, pada hari biasa dia akan makan dan minum bekal yang dibawa untuk makan tengah hari di mejanya sahaja... tetapi pada setiap kali bulan Ramadhan, dia tidak makan dan minum disitu.

Suatu hari Am hendak keluar berurusan di sebelah tengah hari, dan kelihatan dia sedang menjamah bekalnya di dalam kereta. Kebetulan kereta kami terletak sebelah menyebelah, apabila dia ternampak Am dia kelam kabut hendak menyembunyikan makanannya...dan dia memberikan senyuman dengan makanan masih ada di dalam mulutnya

Am hanya tersenyum dan memaklumkan kepada dia kemudiannya bahawa tidak ada masalah untuk dia makan sahaja di mejanya...

"Tidak boleh, tidak bagus... Amelia kan puasa".... jawabnya... 

jadi... kenapa kita pula yang BERSYUKUR apabila tidak dapat berpuasa?

Hormatilah bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan