Jumaat, 18 Julai 2014

Kiki Oh Kiki

Tabik spring dengan pakcik Sim Siak Hong ni. Kesabaran dan ketenangan dia telah memberikan pengajaran yang sangat berguna dan mutlak kepada semua rakyat Malaysia.

Lebih-lebih lagi bila kejadian ini berlaku di bulan Ramadhan Al-Mubarak, dimana muslimin dan muslimat sepatutnya lebih menjaga adab, tingkah laku dan tutur kata mereka.


Ada juga yang bersimpati dan berpihak kepada Kiki. Dari satu sudut, dibuli oleh warga alam maya , memang sangat perit dan dia dihentam tanpa belas kasihan. Apa boleh buat, sudah terhantuk, itulah jadinya. Hakikat tetap hakikat. Peugeot CDM 25, steering lock... tragedi yang menginsafkan.

Pakcik Sim dengan tenang bila dihubungi oleh pihak Era FM telah menyebut sesuatu yang seharusnya membuatkan Kiki dan kita yang beragama Islam sedar... Yang buruk itu datangnya dari kita, dan baik itu datang dari agama ... dan malangnya itu mencerminkan si pemegang anutan itu sendiri.

malu! jadikan iktibar.


Kalau ini kemalangan yang maha teruk dan pakcik itu pula memberikan reaksi yang tidak sepatutnya, mungkin Kiki akan dianggap sebagai wirawati dan srikandi bersteering lock.

Sekali lagi, malangnya.. kerosakan hanyalah kecil, tetapi Kiki memperbesarkan keadaan tanpa 'berfikir'.

Sebagai perempuan...itu sangat memalukan.

Pernah juga Am terlibat dalam kemalangan sebegini, dilanggar beberapa kali... dan kerosakan hanyalah kecil, tergores, bumper jatuh, cermin pecah... tetapi kawal emosi dan tangani secara berhemah. 

Pernah pula Am biarkan sahaja seorang pakcik yang terlanggar secara tidak sengaja. Kelihatannya dia seperti sedang tergesa-gesa dan dia juga berkali-kali meminta maaf. 

Kadangkala kita perlu bersikap terbuka dan memahami.

Kiki oh kiki...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan