Memaparkan catatan dengan label Amelia Kongsi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amelia Kongsi. Papar semua catatan

Sabtu, 23 April 2016

Mahu Turunkan Berat Badan | Petua Kurus Dan Langsing


1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi


2. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. MAKAN SEDIKIT DENGAN KERAP
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. BERUS GIGI !
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. KATAKAN TIDAK PADA MARJERIN
Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. KURANGKAN GULA
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula. 
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

13. MAKAN BUAH DAN SAYUR
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. JANGAN TIMBANG BERAT
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. AMBIL MAKANAN BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17.CATAT DAN SIMPAN DIARI MAKANAN
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.



18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. REBUS, PANGGANG, KUKUS
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. GUNA PIRING RATA
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. BANYAK BERJALAN, NAIK TANGGA
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

 Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

22. JANGAN DIBUAI NAFSU 
Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan 
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. GERAKKAN PUNGGUNG
Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.





PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

24. Kawalan Pemakanan
Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan, cara yang terbaik untuk mendapatkan tubuh yang sihat dan kurangkan berat badan adalah dengan kawalan pemakanan serta rejim latihan dan senaman yang berdisiplin.
Ketahui apa yang anda makan, imbangi dengan senaman-senaman membakar kalori pada kadar yang sepatutnya.
Ikuti dengan amalan-amalan tambahan atau pemakanan tambahan dari petua untuk turunkan berat badan secara tradisional ini.

25. Kurus dengan Teh Cina
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

26. Khasiat Air Asam Jawa
Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

27. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

28. Cara Dapatkan Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

29. Cara Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

30. Cara Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. 
atau

ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Selamat mencuba

~ubahsuai daripada: rahsiaperkahwinan.com

Sabtu, 16 April 2016

Kahwin Di Usia Muda - Belanja Besar Vs Belanja Kecil



Kahwin Di Usia Muda - Belanja Besar Vs Belanja Kecil



Salam Sabtu.
Hari tu Am ada ternampak gambar-gambar viral pasangan yang berkahwin, berarak dengan memakai pakaian sekolah. Sejuk mata memandang. Tersenyum. Teringat zaman persekolahan dulu-dulu. Sangat Manis ^_^.

Dan netizen pun mulalah memberikan komen-komen dan ulasan masing-masing. Ada yang suka dan ada yang tak suka... dan ada yang buat trol. Macam-macam. 

Kepada pasangan pengantin, tahniah Am ucapkan di atas perkahwinan mereka.



MITOS PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN




Majlis kahwin dikatakan seharusnya gah dan besar, kerana ianya hanya berlaku sekali seumur hidup (bagi yang berkahwin sekali..lah...). Semuanya harus gempak dan bertaraf bintang-bintang. Perlu ada kelas kata mereka. Biar berpuluh persalinan, Biar habis beribu, puluh ribu malahan ada yang bernilai jutaan ringgit. Ok... mungkin mereka mampu.


Pendapat Am, perbelanjaan untuk Majlis Perkahwinan ni biarlah bersederhana. Tak perlu nak adakan yang lebih dari kemampuan. Tak perlu buat ekstravaganza bagai. Majlis Kahwin dah jadi macam satu pertandingan. Kalau ada yang buat majlis hebat, maka si polan pun mahu juga majlisnya lebih hebat dari itu. Janganlah macam tu...

Sebenarnya... Am rasa, kehidupan selepas bernikah itu lebih penting. Perbelanjaan keluarga suami dan isteri selepas majlis kahwin itu lagi mencabar, kerana kehidupan berumahtangga itu bukan untuk sehari sahaja, tetapi untuk selama-lamanya... Aminnnn....

Kos sara hidup suami dan isteri serta anak-anak itu lebih panjang tempohnya dari kos majlis kahwin.

Peringatan untuk Am dan rakan-rakan ^_^ 



KAHWIN SELEPAS BELAJAR


Kalau sudah cukup syarat. Apa salahnya? Kan... daripada buat perkara yang bukan-bukan. Eloklah dilangsungkan. Biar halal.

Dan ianya berbalik juga kepada cerita awal tadi. Belanja kahwin di usia muda ni, biarlah berjimat. Mana yang boleh buat sendiri, buat sendiri. Contohnya kad kahwin, hiasan, hantaran, dan banyak perkara yang boleh dibuat sendiri. Kalau tak mahir... belajar. Banyak sumber ilmu sekarang ni.

Baju pengantin? Daripada sewa menyewa baju pengantin. Lebih baik ukur di badan sendiri, pilih kain dan keluarkan kos untuk menjahit baju untuk bernikah dan bersanding.

Bukan sahaja dapat menjimatkan kos, tetapi juga dapat mengabadikan kenangan.
Betul kan ^_^



PERSEDIAAN UNTUK PERKAHWINAN


Ya betul. Persediaan mental dan fizikal untuk perkahwinan bukan setakat untuk akad nikah dan bersanding di pelamin. Sama seperti kos sara hidup, ianya berpanjangan selagi hayat di kandung badan.

Tidak guna majlis heboh sedunia, jika ianya tidak berkekalan dan retak di tengah jalan.

Mengikut statistik sahaja, ramai pasangan muda yang bercerai dalam tempoh dua ke tiga tahun usia perkahwinan. Menakutkan ! Dan diantara punca perceraian adalah masalah wang dan mental....

Buat persediaan. Rancang ! Rancang ! dan rancang !

Rancang dan usahakan yang terbaik.

Bak kata KRU, hingga ke Jannah ^_^


Hehehe... Am punya perancangan dah berbuku-buku. ^_^
Encik Bakal Suami..sila bersedia...

Salam pengantin baru buat semua.


Rabu, 13 April 2016

Blogger Perempuan Malaysia - Kenapa Cantik Jadi Ukuran ?



Blogger Perempuan Malaysia - Kenapa Cantik Jadi Ukuran ?

Pernah Am cuba tanya dengan Cik Google. Bila taip Blogger Perempuan Malaysia, yang keluarnya Blogger Wanita Cantik Di Malaysia , Paling Cantik, Super Cantik... adalah juga keluar tentang blogger wanita. Akhirnya terjumpa bloggerwanita.com.

Hakikatnya, begitulah manusia. Yang cantik, lawa, kacak dan punya serba serbi akan mendapat lebih perhatian. Siapa yang tidak suka melihat sesuatu yang cantik dan menawan? ^_^

Walaupun begitu, untuk blogger wanita yang lain. Janganlah risau. Kita teruskan sahaja menulis blog jika ianya menjadi minat dan mungkin juga sumber rezeki. Biarlah orang yang membuat penilaian berdasarkan paras rupa itu dengan penghakiman mereka. Tekadkan usaha dan teruskan cekal. Insya Allah, berkat usaha tadi akan diberikan ganjaran rezeki dan hikmah dalam pelbagai bentuk. Untuk terus hidup dan bernafas tanpa masalah itu juga satu nikmat.

SIAPA BLOGGER PEREMPUAN YANG TERCANTIK ?

Sekali lagi bila carian dibuat, terkejut juga bila terbaca artikel berkaitan blogger cantik di Malaysia dihasilkan oleh blogger Indonesia. Betapa mereka juga menghargai dan mengagumi kejelitaan gadis Malaysia. ^_^

Bagaimana pula dengan Gadis Blogger Cantik dari Indonesia? Siapa? mungkin Harumi Sudrajat... ramai sebenarnya. Bagaimana pula dengan blogger dari Brunei dan lain-lain negara? tentu tak terkira.

Malaysia ada blogger sehebat Fatin Suhana. Ramai lagi, nanti akan disebut juga dalam entri yang lain. Lebih kurang review mengenai blog mereka yang otai dalam dunia blogging di Malaysia ni.

ASET DAN LIABILITI

Menjadi seorang blogger wanita adalah satu aset yang unik dan juga ada liabilitinya. Kenapa?

Jika anda sukakan tumpuan dan tidak kisah dengan perhatian netizen. Sebagai bloggernita, cantik, manis, dan sedap mata memandang itu akan membuatkan blog anda menjadi ikutan ramai. Dibaca dan menjadi rujukan.

Secara tidak langsung dari segi marketing value... saham anda meningkat. Maka dari perspektif niaga, iklan dan jualan boleh dilakukan disamping mengekalkan pengisian blog dalam niche pilihan.

Liabilitnya ? fitnah, kecaman dan ulasan buruk dari pembaca kadangkala boleh menyakitkan hati. Lebih teruk lagi jika ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dan mempergunakan anda.

Oleh itu, amalkan etika dalam berblog, berhati-hati dengan penulisan anda.
Sebelum menjadi mangsa trol, fitnah dan bahan oleh netizen

Cantik akal.

Jangan marah ^_^



Isnin, 11 April 2016

Pelik Tapi Benar | Lelaki Jadi Wanita Dan Akhirnya Menjadi Naga

Seorang 'wanita' mendakwa menjadi orang pertama dan satu-satunya menjalani pembedahan kosmetik membuang kedua telinganya sebagai sebahagian `perjalanan’ menjadi naga.

Sebelum peralihannya menjadi seorang 'naga', dia adalah seorang lelaki sempurna yang terlebih dahulu melakukan transformasi gender kepada seorang 'wanita'.

Dilahirkan sebagai Richard Hernandez di Maricopa County, Arizona, dia menjalani banyak pembedahan menyakitkan sejak beberapa tahun lalu termasuk pengubahsuaian hidung, mencabut gigi dan mewarnakan mata.
Lebih ekstrim, 'naga' berusia 52 tahun itu juga mempunyai lidah bercabang dan muka dipenuhi tatu sebagai sebahagian transformasi kepada haiwan mistik itu.
Dia juga menukar namanya kepada Eva Tiamat Baphomet Medusa atau singkatannya Tiamat, nama karakter naga dalam satu permainan Internet.
Selama beberapa tahun Tiamat menjalani pelbagai peringkat transformasi sebelum akhirnya memilih untuk menjadi naga.

Tiamat mempunyai tanduk yang diimplan pada dahinya serta tatu pada muka dan dada yang menyerupai sisik haiwan mistik itu.
Malah, mata putihnya juga ditukar kepada hijau yang apa dipanggilnya sebagai mata hijau maut Medusa makhluk mitos Greece.
Dia kini lebih suka dikenali sebagai Wanita Naga dan menggambarkan dirinya sebagai haiwan mitos itu.
Di laman sosialnya, Tiamat menjelaskan dia adalah Wanita Naga yang berubah dari lelaki kepada wanita.


“Saya dalam proses perlahan-lahan menjadi manusia naga, menjadi reptilia dengan mengubah kulit dan penampilan malah meninggalkan keseluruhan kehidupan manusia saya,” katanya.
Tambahnya lagi, dia mahu mendekati dan menyelami kesedaran diri semula jadi sebagai haiwan mitos itu.
Tiamat mempunyai ramai pengikut di Facebook, mengadakan temu bual di YouTube kepada kedai yang pakar dalam pengubahsuaian badan dan sering menyiarkan kata-kata inspirasi.


Pada gambar terkini dirinya, dia menulis:
“Saya tidak peduli apa orang kata tentang saya atau pandangan saya dan jika perlu saya akan melawan dan berdiri berseorangan menentang dunia. Tetapi saya tidak akan berkompromi mengenai integriti saya.
“Saya adalah saya. Saya adalah ciptaan istimewa saya sendiri,” jelasnya. 


Nota Amelia :-

Gambar terakhir tu adalah sebelum proses peralihan berlaku. Mahu menitis rasanya air mata bila melihat rupa si kecil yang suci.
Apakah proses penerimaan yang harus dia terima dan lalui sepanjang tempoh dia membesar ? Fikirkan...

Apa pendapat anda?