Isnin, 6 Jun 2016

Salam Ramadhan 1437H - Selamat Berpuasa

Alhamdulillah... bersyukur kerana Am diberikan lagi kesempatan untuk melakukan ibadah puasa pada Ramadhan kali ini.

Bulan yang dinantikan oleh semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia untuk membuat pelbagai amal kebaikan dan kebajikan yang diberikan jaminan oleh Allah akan ganjaran pahala dan rahmatnya.

Satu tempoh dimana syaitan serta sekutunya dirantai dan manusia berperang dengan godaan nafsu yang bergelora di hati masing-masing.

Yang dapat melawan kebejatan nafsu pasti memperoleh manfaat puasa yang lebih baik.

Manakala yang gagal menguasai akal dan dangkal pasti terjerumus ke dalam lembah kegelapan,tidak berpuasa atau tiada melakukan amal kebaikan. Bagi golongan ini kemungkaran mereka itu seperti sudah menjadi sebati dengan diri, penunggang agama.

Rebutlah peluang di Ramadhan tahun ini untuk melakukan amal ibadah dengan lebih dari bulan-bulan sebelumnya.

Membaca Al-Quran.
Bersedekah.
Membantu asnaf, mualaf dan anak yatim.
Berterawih.

Dan pelbagai lagi perbuatan baik bagi memperbaiki diri agar menjadi insan yang berbakti kepada masyarakat, negara dan Islam.

Selamat menjalani ibadah puasa.