Jumaat, 29 Ogos 2014

Disini Lahirnya Sebuah Cinta

Disini lahirnya sebuah cinta....
Agak konservatif tema tahun merdeka kali ini, tetapi ianya lebih menjurus kepada mesej emosi.

Hari ini emosi berada dalam keadaan tenang. Mungkin kerana hendak bercuti panjang. Hujung minggu. 1 hb September pun cuti kan !

Am akan balik ke kampung! yeahhh... inilah masanya untuk balik... hhehehe...baru jak lepas balik raya hari tu. Tapi ini kan cuti ada panjang, bolehlah balik kampung, jumpa mak dengan ayah.

Insya Allah, sekejap lagi gerak balik. Kemas-kemas apa yang patut, buang sampah yang ada, cuci kain-kain yang ada, supaya nanti bila dah balik dari cuti, senang! taklah rasa rimas bila balik nanti.

Kucing ni pun nak bawa balik. 

Bella jangan nakal-nakal dalam kereta nanti ya.

Telefon pun kena cas. Nanti sepanjang perjalanan dua jam tu tiba-tiba pula habis bateri. Macam mana tak habis, kalau video dipasang sepanjang perjalanan...hahaha... memandu sorang-sorang. Pasang video lagu-lagu semangat..

Encik City Putih akan jadi peneman perjalanan kali ini. Sudah diisi minyak penuh.

Baiklah... Selamat bercuti ! Jumpa lagi

hati-hati memandu...

Khamis, 28 Ogos 2014

Cari Idea Lukis Tulis Makan !


Cari idea ! Sepanjang perjalanan balik dari kerja petang tadi, fikiran Am agak bercelaru. 
Entah, mungkin banyak sangat yang difikirkan. 
Ada pen dan kertas di dalam kereta. Sempat juga berhenti di tepi jalan, melukis dan menulis... menconteng.
Jalan tidaklah sesak sangat, tapi rasa agak buang masa jika terperangkap di dalam kesesakan jalan raya.
Baik berhenti, dan buang masa untuk berfikir. hahaha

BALIK LAMBAT! 

Kebelakangan ini selalu balik agak lewat dari biasa. Banyak tugasan perlu disiapkan. Banyak tindakan yang perlu dibuat, tetapi kena tunggu respon dan maklumbalas daripada pelanggan. Melibatkan pihak ketiga... jadi tugasan itu bergantung kepada kepantasan dan kecekapan dari pihak pelanggan dan pembekal.

Ada juga waktu kosong... sementara menunggu sempat juga jenguk blog, website dan facebook.

FIKIR

Fikirkan tentang segalanya.

Rasa lapar. Masa untuk makan... dan masa untuk baca novel.
Kalau ada rancangan best malam ni bolehlah layan.

Sambung lukis... hehehe

Rabu, 27 Ogos 2014

Tenggelam Timbul


Hujan sangat lebat petang tadi. 
Memandu kereta pun boleh rasa sangat-sangat penat. Kereta auto pun boleh penat... hahaha.
Mungkin sebab terlalu lama di dalam kereta tu dengan pergerakan yang agak perlahan.... ditambah lagi hujan yang lebat... 

Layan lagu-lagu dari Bruno Mars... layan perasaan. Fikiran pun kadang-kadang tenggelam dalam lamunan perasaaan.



Am kembali dapat berblog selepas talian internet di rumah ni kembali pulih.


FACEBOOK !


Facebook yang lama pun ikut bermasalah, entah kenapa tak boleh login... harap-harap tak ada orang yang 'hack' dan salahguna.

Am dah ada facebook baru... 

https://www.facebook.com/amelia.amri93

Kepada rakan-rakan blogger / yang kenal dengan Am bolehlah add di FB baru ni.

MASAK



Oklah, kejap lagi Am mau masak. Perut sudah berbunyi. Lapar.


Selamat berblog!

Isnin, 11 Ogos 2014

Cuti Sudah Habis- Kerja !

Cuti Raya sudah habis. Kenalah balik bekerja !

Kadangkala rasa 'bosan' untuk kembali ke rutin harian bekerja itu sangat menebal. Seperti mahu sahaja meluangkan masa bersama keluarga. Bersama nenek dan ayah bonda. Menghabiskan masa bersama.
Kerana masa yang sebegitu amat berharga, kerana emas tidak boleh beli masa. Saat yang dihabiskan bersama keluarga pastinya menjadi memori.

TAPI APA KAN DAYA

Harus juga bekerja. Mencari rezeki. Juga untuk keluarga.

Kembali menjadi SUPERGIRL ! Kembali bersendirian di kota ini.

Perjuangan harus diteruskan.

Siapa ada kuih raya lagi? hehehe