Khamis, 28 Ogos 2014

Cari Idea Lukis Tulis Makan !


Cari idea ! Sepanjang perjalanan balik dari kerja petang tadi, fikiran Am agak bercelaru. 
Entah, mungkin banyak sangat yang difikirkan. 
Ada pen dan kertas di dalam kereta. Sempat juga berhenti di tepi jalan, melukis dan menulis... menconteng.
Jalan tidaklah sesak sangat, tapi rasa agak buang masa jika terperangkap di dalam kesesakan jalan raya.
Baik berhenti, dan buang masa untuk berfikir. hahaha

BALIK LAMBAT! 

Kebelakangan ini selalu balik agak lewat dari biasa. Banyak tugasan perlu disiapkan. Banyak tindakan yang perlu dibuat, tetapi kena tunggu respon dan maklumbalas daripada pelanggan. Melibatkan pihak ketiga... jadi tugasan itu bergantung kepada kepantasan dan kecekapan dari pihak pelanggan dan pembekal.

Ada juga waktu kosong... sementara menunggu sempat juga jenguk blog, website dan facebook.

FIKIR

Fikirkan tentang segalanya.

Rasa lapar. Masa untuk makan... dan masa untuk baca novel.
Kalau ada rancangan best malam ni bolehlah layan.

Sambung lukis... hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan