Jumaat, 29 Ogos 2014

Disini Lahirnya Sebuah Cinta

Disini lahirnya sebuah cinta....
Agak konservatif tema tahun merdeka kali ini, tetapi ianya lebih menjurus kepada mesej emosi.

Hari ini emosi berada dalam keadaan tenang. Mungkin kerana hendak bercuti panjang. Hujung minggu. 1 hb September pun cuti kan !

Am akan balik ke kampung! yeahhh... inilah masanya untuk balik... hhehehe...baru jak lepas balik raya hari tu. Tapi ini kan cuti ada panjang, bolehlah balik kampung, jumpa mak dengan ayah.

Insya Allah, sekejap lagi gerak balik. Kemas-kemas apa yang patut, buang sampah yang ada, cuci kain-kain yang ada, supaya nanti bila dah balik dari cuti, senang! taklah rasa rimas bila balik nanti.

Kucing ni pun nak bawa balik. 

Bella jangan nakal-nakal dalam kereta nanti ya.

Telefon pun kena cas. Nanti sepanjang perjalanan dua jam tu tiba-tiba pula habis bateri. Macam mana tak habis, kalau video dipasang sepanjang perjalanan...hahaha... memandu sorang-sorang. Pasang video lagu-lagu semangat..

Encik City Putih akan jadi peneman perjalanan kali ini. Sudah diisi minyak penuh.

Baiklah... Selamat bercuti ! Jumpa lagi

hati-hati memandu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan