Isnin, 11 April 2016

Resepi Untuk Membuat Jus Kentang | Baik Untuk Kulit


Adakah anda tahu bahawa Jus Kentang dikatakan lebih berkesan daripada mana-mana ubat berasaskan dadah, serta terbukti menyembuhkan kanser, kencing manis, gastrik, tekanan darah tinggi dan pelbagai penyakit serius yang lain?


Setelah sekian lama, jus kentang telah digunakan sebagai ubat untuk pelbagai penyakit dari masalah kulit, sembelit dan juag kanser. Kentang adalah sumber terbaik yang mengandungi serat, vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, karbohidrat, Kalium, Fosforus, Kalsium dan besi.

MANFAAT JUS KENTANG UNTUK KULIT 

Angular Cheilitis & Ekzema - Anda sering mengalami rekahan kulit, bengkak atau radang di hujung mulut? Jus kentang sesuai untuk mengatasi masalah ini kerana ia mengandungi kandungan B Kompleks yang sangat baik untuk kulit. Amalkan meminum jus yang mengandungi Vitamin B Kompleks akan mengatasi pelbagai masalah kulit dan melindungi kulit daripada toksin.

Selar Matahari (sunburn) - Sapukan Jus kentang yang sejuk pada kulit yang terkena selaran matahari. Ini akan memberikan kelegaan dan rasa sejuk dari rasa pedih dan sakit.

Kedutan - Sapukan Jus Kentang pada wajah setiap hari. Ini akan membuatkan kelihatan akan kelihatan muda dan menawan.

Lingkaran Hitam Di Bawah Mata - Basahkan kapas dengan jus kentang, kemudian letakkannya di bawah mata anda setiap malam sebelum tidur. Perlahan-lahan masalah lingakaran hitam di bawah mata akan menghilang.

Mata Bengkak Dan Kulit Kusam / Kering -
Sama seperti rawatan di atas. basahkan kapas dengan jus kentang yang kaya dengan vitamin B Kompleks dan sapukan perlahan-lahan di tempat bermasalah.

Mencerahkan Kulit -  Jus kentang adalah pencerah kulit yang semulajadi. Campurkan jus kentang dengan lemon atau timun dan lumurkan di kawasan kulit yang gelap.

Anti Penuaan - Anda boleh menggunakan topeng muka yang dibuat daripada jus kentang, ianya cara yang terbaik untuk menghidrat kulit dan mengurangkan tanda penuaan seperti garis-garis halus. Jus kentang yang dicampur minyak zaitun boleh menghilangkan kesan kedutan.


CARA PENYEDIAAN JUS KENTANG

1. Pilih Dan Cuci - Pilih kentang yang baik. Elakkan daripada menggunakan kentang yang berwarna kehijauan kerana dikhuatiri mengandungi racun alkaloid atau solanin yang boleh menyebabkan kejang perut, cirit birit dan sakit kepala. Cuci kentang dengan sebaiknya.

2. 'Blender' Atau Gunakan Pemerah Untuk Jus
Anda boleh memilih untuk memerah kentang bersama kulitnya atau tidak. Untuk info, sebahagian besar nutrisi terdapat pada kulit kentang. Campur sedikit air, agar ianya tidak terlalu pekat.

3. Campur Madu Atau Lemon
Setelah selesai diperah / di'blender' anda boleh mencampurkan satu sudu teh madu atau tambahkan lemon untuk memberikan rasa dan menambah khasiatnya.

4. Waktu Minum
Minum jus secara teratur dua kali sehari, sejam sebelum sarapan dan dua jam sebelum tidur. Ikuti juga diet khusus ini dengan memakan makanan sihat seperti sayuran , buah, gandum dan proetein.

Hindari makanan yang berminyak digoreng dan mengandungi gula tinggi.

Selamat mencuba ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan