Lebih dari setahun... atau lebih tepat lagi. Setahun dua bulan blog ini hilang dari radar.
Belek punya belek, bongkar punya bongkar akhirnya berjaya juga jumpa semula dan hidupkan semula blog Am ni.
Selepas ini. Harap agar semuanya bertambah baik. Amin...
April Ini Aku Kembali , Aksara Demi Aksara
Ya. Am kembali menaip di blog ni. Aksara demi aksara akan am cuba kait dan cantumkan agar menjadi bait-bait ayat yang seterusnya membentuk perkataan. Perkataan-perkataan itu Am susun agar menjadi cerita atau perkongsian di ruang maya ini.
Mungkin selepas ini akan lebih banyak topik yang akan Am kongsikan.
Tengoklah. Jika ianya bersesuaian dan Am ada banyak masa yang senggang. Insya Allah, akan adalah penambahan isi blog ni.
Tengoklah. Jika ianya bersesuaian dan Am ada banyak masa yang senggang. Insya Allah, akan adalah penambahan isi blog ni.
Kehidupan?
Ah, kebelakangan ini agak kelam kabut. Semuanya perlu di susun atur semula.
Tidaklah sampai tunggang langgang... tetapi boleh Am katakan sedikit kucar kacir. Banyak tugasan antara hakiki dan tambahan serta lain-lain tanggungjawab perlu diselaraskan dengan baik. Jika tidak. haru biru jadinya.
Jerebu Dan Hujan
Syukur Alhamdulillah, akhirnya hujan turun membasahi bumi. Di Kota Kinabalu ni, jerebu pun sangat tebal. Bau asap itu agak tidak menyenangkan. Apatah lagi jika ditambah bau rokok dan vape. Loya dan boleh pening dibuatnya.
Perancangan
Banyak perkara yang telah dirancang dan dijadualkan untuk diri sendiri. Ada misi yang perlu dicapai. Ada perkara yang harus diselesaikan. Seperti yang Am katakan pada awal tadi, kehidupan kebelakangan ini agak kelam kabut. Tidak boleh tidak, semuanya perlu dibuat semakan semula dan di susun mengikut keutamaan dan keperluan.
Facebook
Facebook pun agak penuh dengan perkara yang agak kurang peribadi. Lebih banyak perkongsian. Mungkin selepas ini perkara tu kena diseimbangkan juga. Ada kawan bertanya, kenapa boleh jadi macam tu. Jawapannya mudah. Itu antara kerja yang perlu dibuat.
Lepas ni Am masukkan gambar tengah berjalan, kucing, makanan dan banyak lagilah ^_^... hahaha ...
Terima kasih pada yang membaca blog.
Pemandangan di sekitar Kota Kinabalu agak terang benderang hari ini. Semuanya kelihatan jelas.
Tengah hari ni rasa nak makan di Imago. Lucy's Kitchen. ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan