Rabu, 11 Februari 2015

Di Bulan Februari

Di bulan Februari 2015. Pantas masa berlalu.
Terpaksa 'putus' dengan blog ini selepas hilang kata laluan. Mujur terjumpa kembali buku nota.

Apa khabar encik blog? Sihat? Maaf kerana lama meninggalkan awak.

Am selalu juga jenguk-jenguk blog ni. Lepaskan rindu.

HARI BERGANTI HARI

Hidup kadangkala terasa 'kosong'. Seolah-olah, keseronokan dan kegembiraan itu hilang... hilang entah kemana. Rutin yang menjengkelkan ialah apabila mahu memuaskan hati semua orang. Orang-orang yang tidak mengerti menghargai usaha yang telah kita lakukan.

Apabila dikelilingi oleh orang-orang yang mengagungkan darjat, pangkat dan harta serta orang yang suka mempergunakan orang lain sebagai 'batu loncatan' untuk kepentingan diri sendiri. BENCI !

IKUT KATA HATI

Jika diturut kata hati, mahu sahaja kembara kelilingi alam.

BEBAS dari kekangan dan tuntutan yang kadangkala membengangkan.

Kalau boleh, mengembara dari bintang ke bintang.. dari satu galaksi ke galaksi yang lain... dari satu planet...ke planet yang lain... GILA!

SATU HARI NANTI

Ya... Am percaya. Satu hari nanti Am akan KELUAR dan BERMUKIM di destinasi bahagia dan keseronokan.

Hidup ini memang begitu. UMPAMA AISKRIM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan