Isnin, 11 April 2016

5 Soalan Untuk Meningkatkan Motivasi Diri

Apakah yang boleh 'menggerakkan' anda? Ini 5 soalan yang perlu anda tanya pada diri sendiri, sebagai persediaan untuk meningkatkan kualiti diri.

Kadangkala Am sendiri terlalu selesa dengan apa yang sedia ada dalam kehidupan sendiri, semuanya berjalan lancar. Zon selesa membuatkan kita leka, jika dilihat dalam bentuk graf, ianya mendatar dengan sedikit turun naik.



Jadi tanya diri anda 5 soalan ini !

1. APAKAH SEBENARNYA YANG AKU MAHU DALAM HIDUP ?
Soalan asas, dari kecil sehinggalah meningkat usia, soalan ini akan sering dibangkitkan. Hakikatnya banyak yang kita mahu capai dan kecapi dalam hidup. Normalnya, semua mahu menjadi bebas dari masalah duit. Mahu beli itu dan ini... mahu tubuh yang baik atau katakan anda pernah bercita-cita untuk menjadi seorang guru.

Akhirnya cita-cita anda tercapai untuk jadi guru... adakah anda berhenti untuk meningkatkan potensi diri? atau menambahkan lagi kualiti diri agar menjadi guru yang hebat.

Lakukan apa sahaja yang anda mahir dan mampu, biarpun dalam skala kecil, tetapi ianya adalah langkah ke arah memperbaiki diri. Jangan hilang momentum. Ketekunan adalah kunci kejayaan.

2. PATUTKAH AKU BERUBAH ?
Lihat bagaimana teknologi berubah dengan pantas. Ambil sahaja contoh Nokia yang dahulunya peneraju peranti telekomunikasi, kini jauh ketinggalan dengan jenama yang lain. Kerana apa? kerana mereka selesa dan tidak berubah seiring masa.

Benar, kita juga berevolusi. Jika dirujuk sejarah, cara hidup, berpakaian, budaya dan segalanya berubah. 

Jadi adakah kita mahu tertinggal? Berubah, belajar sesuatu yang baharu.

3. ADAKAH AKU SELESA DENGAN KEADAAN SEKARANG?
Ini antara persoalan utama. Selesa ? Mudah ? ikut sahaja rutin harian yang sudah biasa dilakukan... dari sebulan ke setahun dan ke berpuluh tahun berikutnya.

Tidak perlu bersusah payah mengubah rutin atau lebih senang, mengambil sikap tunggu dan lihat.

Boleh bayangkan diri anda dengan rutin yang sama sehingga ke usia emas?



4. APAKAH FAEDAHNYA JIKA AKU TERUS BEGINI ?
Ya. Mungkin anda selesa pada keadaan sekarang. Semuanya senang.


Sedar tidak sedar kita sebenarnya bermasalah jika suka dan berpuas hati dengan berada di 'kawasan selamat'. Kerana apabila munculnya masalah, kita mula menekan butang panik dan bingung akibat daripada tidak ada persediaan dari segi mental dan fizikal. 


Masalah boleh sahaja datang dalam bentuk implikasi kewangan, kesihatan dan kehilangan serta banyak lagi.



Bukankah lebih banyak faedah jika gerakkan punggung dan rajinkan diri.

5. ADAKAH AKU TELAH MELAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK DIRI SENDIRI?
Bagaimana? Adakah anda telah berusaha sehabis baik?

Betul, kita perlu bersyukur. 

Cuba gunakan perumpaan ini. Sebuah bangunan ada 5 tingkat, dengan menaiki tangga anda akhirnya berhenti di aras 3 kerana di situ sudah cukup selesa. Ada makan minum disediakan. Anda kenyang dan tidak lagi mahu kemana-mana dan tidak dapat ke mana-mana. Apa yang ada di tingkat 4 dan 5? 

Anda tidak akan tahu, jika anda berhenti berusaha. Usaha tidak boleh berhenti.

Usaha untuk sentiasa meningkatkan kualiti diri harus diteruskan, bukan setakat untuk kepuasan diri sendiri, tetapi juga untuk orang tersayang. Keluarga anda...

Ada jawapan untuk semuanya? Ayuh berubah. TETAPKAN SASARAN !

Am sendiri dalam usaha memperbaiki diri.
Sebagai manusia kita memang serba kekurangan, dalam kekurangan kita perlu belajar untuk menjadi sedikit lebih dari kurang... bukannya meratapi kekurangan yang ada....

Tetapi jadikan ianya pencetus semangat untuk memperbaiki diri... faham kan ^_^

Kita semua boleh !

2 ulasan: