Jumaat, 4 Julai 2014

Senyum - Tak Perlu Kata Apa-Apa


Senyum dan tak perlu kata apa-apa.
Pernah atau tidak dalam sehari anda memang tidak bercakap walau sepatah perkataan pun. Tidak ada apa yang dibicarakan dan dituturkan oleh bibir.

Mungkin kerana sibuk dengan rutin harian... atau tugasan dan kerja yang anda lakukan tidak memerlukan kepetahan bercakap.

Am seorang yang pendiam... bukan liat atau malas untuk bercakap... tetapi ada waktu dan masanya kita boleh berkomunikasi dengan perkataan dan ayat-ayat yang sesuai serta topik bersesuaian.

Kadangkala ada orang yang lontaran vokalnya bila bercakap sahaja boleh kedengaran dari jauh. Ada yang berbual dengan topik dan isu yang lebih kepada pesimistik, negatif dan lebih tentang mengata orang lain.

PEPATAH LAMA

Kerana mulut badan binasa.

Betul tak? Lebih elok DIAM jika tidak punya apa-apa untuk diperkatakan.

Berapalah tajam pisau dan parang, tajam lagi mulut orang 

Perlu juga menjaga sensitiviti orang lain apabila berkata-kata. Selagi belum ada kesahihan dan kebenaran hujung pangkalnya... jangan dihebohkan...

JUMAAT

Hari ini Am akan balik ke rumah keluarga selepas kerja. Tinggal berseorangan di rumah di bulan Ramadhan ini terasa sangat kosong. Sahur dan berbuka bersendirian....

Malam nanti ada bola! France vs Germany dan Brazil vs Colombia. pasti seronok menonton bola bersama Abah dan adik.

baiklah... SENYUM dan tak perlu kata apa-apa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan