Khamis, 3 Julai 2014

Salam Ramadhan 1435 H - Kembali

Assalamualaikum... salam Ramadhan yang ke 5 di tahun 2014 | 1435H.
Apa khabar semuanya?
Alhamdulillah, Am kini kembali... mengetuk papan kekunci untuk mengisi ruang blog yang telah lama ditinggalkan. Entah kenapa, bila Am terjumpa kembali link blog Am yang lama, rasa rindu itu semakin menebal.
Sayangnya... blog yang lama itu kata laluannya hilang tanpa jejak. Dalam proses untuk mencari semula kata laluan lama. Encik google suruh tunggu esok lagi untuk mencuba.


 RAMADHAN


Bagaimana dengan Ramadhan kali ini?

Berharap agar semuanya dalam keadaan yang baik dan elok...

KEHIDUPAN


Hidup agak terumbang ambing kebelakangan ni. Mungkin sebab itu kembali memblog. Meluahkan rasa yang tersimpan. Mencoret apa yang terbuku.


Syukur... hidup harus diteruskan. Am kembali ...
akaun yang satu ini telah lama dari 2011, tetapi entah kenapa kosong... kosong...

fikiran yang agak berserabut ini harus Am tenangkan...

tengah layan lagu Joe Flizzow ft SonaOne - "Apa Khabar"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan