Rabu, 9 Julai 2014

Sahabat itu Friend ?


"I would rather walk with a friend in the dark, than alone in the light" great quote! i like this.

atau kita terjemahkan

"Aku lebih rela berjalan dengan sahabat di dalam gelap daripada berjalan bersendirian di waktu terang"

maksudnya?

Bersama dengan seorang sahabat pastinya kita akan merasa lebih selamat, tenang dan gembira... kerana sahabat yang sejati akan sentiasa menemani kita walau dalam senang dan susah... Mereka ini akan setia untuk terus bersama mengharungi onak dan duri kehidupan...

SAHABAT ITU FRIEND?

Am juga mempunyai kawan... yang perempuan dan lelaki... tetapi tidak semua daripadanya boleh dikategorikan sebagai sahabat...

Ya.. kawan...Friend.. yang mungkin hanya sekadar kenalan sekolah, pejabat, media sosial  atau di kampung dan kejiranan... hanya kawan... yang bertanya khabar, bertukar senyuman, anggukan dan lambaian...

Sahabat... mereka yang mahu mendengar keluh kesah, tangisan dan gelak tawa bersama.. kian berkurangan.

mungkin itu fasa dalam kehidupan...

eloknya... jadikan ayah dan ibu sebagai sahabat...
adik beradik sebagai sahabat...

11 RAMADHAN 1435 H

Kepada yang berpuasa...
Ayuh tambah amalan kita...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan