Khamis, 24 Julai 2014

Lagi Gila !


Semalam Am ada menulis tentang barang yang belum sampai... Hari ini sahaja sudah dua kali panggilan dibuat. Alasan demi alasan diberikan. Panas! Lagi? Gila?


Takkanlah mahu tunggu pelanggan marah-marah dan mengeluarkan kata-kata yang tidak elok, barulah mereka akan cergas dan pantas bertindak? Perniagaan itu bergantung kepada kecekapan dan kebolehpercayaan pelanggan anda kepada perkhidmatan atau barang yang anda jual... 


Tapi... kenapa mereka-mereka ini tidak faham konsep asas ini? Ini bukannya perniagaan cincai yang boleh diambil ringan. Perkhidmatan kurier, dibayar mahal. Daripada Sabtu hingga Khamis (hari ini) takkanlah mahu mengesan barang pun sebegitu susah. Barangnya sudah sampai ke Kota Kinabalu. sebut nama syarikat...? Am masih sabar...

Jika sebelum ini mereka mempunyai sistem yang baik, kenapa pula sekarang begini? Pertukaran dalaman? Masalah dalaman? ahhh...

Sebenarnya, Am terlalu geram. Geram dan marah!

Rancangan untuk balik ke kampung dan keluar untuk membeli barang-barang keperluan sebelum balik kampung juga tertangguh. Kalau Am keluar, dan mereka hantar barang, sudah... jadi kes lain lagi.

Ini benar-benar menyakitkan hati!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan