Khamis, 17 Julai 2014

Kenapa Lelaki Tidak Hormat Perempuan?

Kenapa... kenapa...dan kenapa?

Pernahkah kau, kamu dan dia (gadis) mengalami peristiwa dan kejadian seperti :

1. Dipanggil / Diteriak dengan jolokan "Besarnya n*n*n"
2. Disiul dan diusik secara kasar / tidak sopan di khalayak ramai
3. Menerima nota, surat atau mesej yang kurang baik.
4. Diejek dan dicemuh.
5. Dipandang semacam dari atas ke bawah.
6. Lelaki sengaja melanggar dan menggeselkan badan.
7. Mengambil kesempatan untuk  memeluk / mencium / meraba

dan senarainya memang panjang...

KENAPA ADA LELAKI TIDAK HORMAT PEREMPUAN?

Apabila kita menegur dan memarahi tindakan mereka, maka bermulalah drama lain lagi...

"dia ingat dia lawalah tu"
"macamlah cantik sangat!"
"sombong nak mampus!"

Ok! untuk mereka yang bergelar lelaki, tolong faham perkara ini...

Perempuan akan lebih berminat untuk mengenali anda, senang untuk berteman dan berkawan dengan anda, suka untuk mempunyai seorang kekasih... jika :

1. Berbudi bahasa
2. Hormat
3. Baik

manakala pakej tambahan mungkin
4. Rupa
5. Kerjaya

TIDAK SEMUA LELAKI 'JAHAT'

Ya, betul... siapa kata semua lelaki jahat? tetapi yang tidak jahat itu sedikit.

Begitu juga dengan perempuan (sorry girls, it's a fact). Tidak semua perempuan itu baik.

Ok..misi melepas geram selesai.

Kepada rakan-rakan Facebook, mana-mana yang 'terlebih sudah' memang akan Am padam dan buang.

Salam Ramadhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan