Rabu, 23 Julai 2014

Bersandar Pada Kenangan

Kadang-kadang perlukan bahu untuk bersandar.
Untuk bercerita, berkongsi rasa, ketawa dan menitiskan air mata. Ada bahu untuk bersandar, mampu membuatkan hati yang gundah menjadi tenteram, fikiran yang berkecamuk menjadi tenang... tanpa perlu sebarang kata, bersandar itu buat selesa. Bahagia.

BERSANDAR PADA KENANGAN

Kasihan. Kasihan keluarga dan kenalan rapat mangsa tragedi MH17. Ada yang baru mahu balik ke Malaysia, balik ke kampung bertemu sanak-saudara setelah sekian lama di perantauan. Ada yang sedang menuntut ilmu, balik untuk bertemu mereka yang tersayang. Anak kecil ada yang terkorban. Ketentuan ini memeritkan, hati siapa yang tidak menangis dan sayu. Terpisah hingga ke akhir nyawa. hanya potret penawar duka.

Kasihan. Kasihan keluarga mangsa serangan zionis Israel. Ada yang kehilangan nenek, datuk, ibu, ayah, anak, kakak, abang dan adik... Si anak kecil yang baru mengenali dunia, dimomokkan dengan kekejaman dan kesedihan ekstrem yang melampau.... yang akhirnya bernanah menjadi dendam. Terpisah hingga ke akhir nyawa. Hanya kenangan menjadi pengubat rindu.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan