Isnin, 14 Julai 2014

Apa Khabar Sayang


Apa khabar sayang?



Entah kenapa hari ini rindu itu bertandang. Bertandang buat hati sayu, air mata bergenang. 


Memandu Kelisa hari ini, City Putih Am tinggalkan di rumah.

Keluar dari rumah pagi tadi, tiba-tiba Am terbayang kamu, membuka pintu sebelah penumpang Kelisa... seperti dulu-dulu. Lama benar Am tidak memandu Lisa. Kerana kenangan itu membuat air mata mengalir deras.

Terngiang-ngiang suaramu memberikan salam. Senyuman yang terukir buat hati tenang.

Balik dari kerja.

Am pasang lagu kegemaranmu. Chantek, nyanyian Altimet. bait lagu ini mengusik rasa...

"Aku
Melihat kita bersama di hari tua
Dia
Masih satu tiada empat tiga atau dua
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
Kau tetap cantik padaku aku tak lupa
Kita bersama di anjung luangkan masa
Kewangan kita merdeka mampu bersara
Hasil usaha kita dari masa dahulu
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
Hidup santai tak perlu terburu-buru
Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
Anak kita dan ayahya semua sebulu
Aku bilang kau chantek dan mereka setuju"
Sebentar lagi waktu berbuka...

Apa khabar sayang....

Al-Fatihah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan