Kahwin Di Usia Muda - Belanja Besar Vs Belanja Kecil
Salam Sabtu.
Hari tu Am ada ternampak gambar-gambar viral pasangan yang berkahwin, berarak dengan memakai pakaian sekolah. Sejuk mata memandang. Tersenyum. Teringat zaman persekolahan dulu-dulu. Sangat Manis ^_^.
Dan netizen pun mulalah memberikan komen-komen dan ulasan masing-masing. Ada yang suka dan ada yang tak suka... dan ada yang buat trol. Macam-macam.
Kepada pasangan pengantin, tahniah Am ucapkan di atas perkahwinan mereka.
MITOS PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN
Majlis kahwin dikatakan seharusnya gah dan besar, kerana ianya hanya berlaku sekali seumur hidup (bagi yang berkahwin sekali..lah...). Semuanya harus gempak dan bertaraf bintang-bintang. Perlu ada kelas kata mereka. Biar berpuluh persalinan, Biar habis beribu, puluh ribu malahan ada yang bernilai jutaan ringgit. Ok... mungkin mereka mampu.
Pendapat Am, perbelanjaan untuk Majlis Perkahwinan ni biarlah bersederhana. Tak perlu nak adakan yang lebih dari kemampuan. Tak perlu buat ekstravaganza bagai. Majlis Kahwin dah jadi macam satu pertandingan. Kalau ada yang buat majlis hebat, maka si polan pun mahu juga majlisnya lebih hebat dari itu. Janganlah macam tu...
Sebenarnya... Am rasa, kehidupan selepas bernikah itu lebih penting. Perbelanjaan keluarga suami dan isteri selepas majlis kahwin itu lagi mencabar, kerana kehidupan berumahtangga itu bukan untuk sehari sahaja, tetapi untuk selama-lamanya... Aminnnn....
Kos sara hidup suami dan isteri serta anak-anak itu lebih panjang tempohnya dari kos majlis kahwin.
Peringatan untuk Am dan rakan-rakan ^_^
KAHWIN SELEPAS BELAJAR
Kalau sudah cukup syarat. Apa salahnya? Kan... daripada buat perkara yang bukan-bukan. Eloklah dilangsungkan. Biar halal.
Dan ianya berbalik juga kepada cerita awal tadi. Belanja kahwin di usia muda ni, biarlah berjimat. Mana yang boleh buat sendiri, buat sendiri. Contohnya kad kahwin, hiasan, hantaran, dan banyak perkara yang boleh dibuat sendiri. Kalau tak mahir... belajar. Banyak sumber ilmu sekarang ni.
Baju pengantin? Daripada sewa menyewa baju pengantin. Lebih baik ukur di badan sendiri, pilih kain dan keluarkan kos untuk menjahit baju untuk bernikah dan bersanding.
Bukan sahaja dapat menjimatkan kos, tetapi juga dapat mengabadikan kenangan.
Betul kan ^_^
PERSEDIAAN UNTUK PERKAHWINAN
Ya betul. Persediaan mental dan fizikal untuk perkahwinan bukan setakat untuk akad nikah dan bersanding di pelamin. Sama seperti kos sara hidup, ianya berpanjangan selagi hayat di kandung badan.
Tidak guna majlis heboh sedunia, jika ianya tidak berkekalan dan retak di tengah jalan.
Mengikut statistik sahaja, ramai pasangan muda yang bercerai dalam tempoh dua ke tiga tahun usia perkahwinan. Menakutkan ! Dan diantara punca perceraian adalah masalah wang dan mental....
Buat persediaan. Rancang ! Rancang ! dan rancang !
Rancang dan usahakan yang terbaik.
Bak kata KRU, hingga ke Jannah ^_^
Hehehe... Am punya perancangan dah berbuku-buku. ^_^
Encik Bakal Suami..sila bersedia...
Salam pengantin baru buat semua.
Encik Bakal Suami..sila bersedia...
Salam pengantin baru buat semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan