Orang nampak kita 'happy' , gembira dan ketawa...
tetapi dalam hati tiada siapa yang tahu, kecuali Yang Esa.
Apa khabar semua ? Bagaimana hari anda? Baik atau seram... ^_^
Am ada sedikit rasa demam. Tekak rasa kering. Mata pedih dan berair. Mungkin juga kerana kurang tidur. Semalam tidur pun agak lewat. Menyiapkan tugasan dan Am kena capai sasaran yang sudah dibuat untuk kelmarin. Bersemangat Super Girl lah katakan .. hehehe
PAGI - Selasa 12 April 2016
Hari bermula agak lewat hari ni, pagi tadi Am hanya terbangun sekitar jam 5.30 pagi. Lewat dari kebiasaan. Memulakan rutin dan tanggungjawab agak tergesa-gesa.
Ikut senarai, Am sudah terlepas 3 perkara yang perlu dibuat pagi tu gara - gara lambat bangun.
Memandu di awal pagi dalam keadaan jalan raya yang basah.
Sempat singgah membeli surat khabar dengan makcik yang menjual surat khabar dari keretanya, sebelum ke destinasi selanjutnya. Seperti biasa makcik berbadan gempal itu akan mengucapkan selamat pagi dan menyediakan surat khabar yang biasa Am beli, dilipat dan kemudiannya diserahkan selepas duit bertukar tangan.
Menghirup udara segar pada Subuh di Teluk Likas sebelum matahari terbit memang menyenangkan. Gunung Kinabalu tersergam indah, di hadapannya kelihatan Masjid Bandaraya, Likas. Pelaut-pelaut bertebaran di laut. Pemandangan pagi yang indah selepas hilangnya jerebu.
TENGAH HARI
Di tempat kerja melihat laporan yang telah disediakan. Kertas kerja yang dihantar disemak. Semua data dan butiran yang perlu dimasukkan ke pangkalan data semuanya telah didaftar masuk. Membuat senarai semak silang untuk beberapa tugasan yang perlu disiapkan sebelum tarikh akhir.
Gelak ketawa dan gurau rakan sekerja membuatkan hati senang dan gembira.
Usai menyiapkan tugasan di sebelah pagi. Sebelum balik ke rumah, sempat melambai kepada pakcik jaga . Pakcik jaga yang sentiasa segak berpakaian uniform itu ketawa menampakkan giginya yang hanya tinggal sebatang. Kacak ! ^_^
PETANG
Di rumah rasa lebih santai dan tenang. Si putih yang pagi tadi basah dek hujan aku biarkan sedikit keluar dari kawasan berbumbung.
Laptop menjadi peneman setia ketika di rumah. TV kadang-kadang terpasang tanpa ada mata yang melihat. Sesekali mata aku kalihkan ke arah TV jika ada cerita yang menarik.
Bercadang untuk membuat larian pada hujung petang nanti, tetapi badan terasa agak lemas.
MALAM
Malam ini masak mee goreng berlaukkan ayam. Minum Jus Epal.
Selera makan juga agak kurang pada sebelah malam.... tetapi kalau lapar lagi, Nestum akan jadi penawar terbaik...hehehe
Dan ini dia, aku karang entri terkini untuk blog. Laporan harian. Blog itu kan catatan, coretan dari sang penulis....
Sekian laporan dari saya untuk hari ini ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan